
Fikirkan, dah baik ke aku ni?
Erm, pernah tak terlintas macam tu? Nauzubillah, cepat-cepat istighfar. Sedar tak itu semua mainan syaitan yang timbulkan perasaan ujub, riak dan takabur dalam diri kita.
Jangan pernah ada rasa "baik jugak aku ni" bila kita baru
- yang perempuan pakai tudung labuh sikit
- yang lelaki dah tak melepak sangat
Kadang-kadang, kita dah terasa 'baik' padahal 'baik' kita tu baru sikit sahaja. 'Baik' yang kita anggap baik tu sedar tak sedar barulah 'baik' mengikut pandangan manusia. Itulah baik bagi masyarakat kita. Menderma sikit, kecoh satu dunia, itu baik. Ikhtilat lelaki dan perempuan, di luar terjaga tapi di dunia maya bebas juga, itu masih baik. Baikkah kita jika kita hanya berbuat baik pada sesetengah perkara? Main pilih-pilih pulak nak buat yang mana, tak nak buat yang mana.
Tak boleh macam tu kawan.
Pernah dengar kan?
"Walaupun aku tak pakai tudung, aku masih baik sebab aku solat lima waktu juga"
"Walaupun aku tak pakai tudung, aku masih baik sebab aku solat lima waktu juga"
Boleh ke tak boleh macam tu? Baik ke macam tu? Jauh lagi nak mencapai 'baik' dari definisi Allah. Baik itu, mengikut segala syariat Allah. Seluruhnya, tak boleh main pilih-pilih macam pilih siaran TV. Hoho.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata." (Al-Baqarah:208)
Macam mana nak masuk secara menyeluruh? Berhijrah. That's the key. Hijrahlah dari buruk ke baik. Nak berhijrah, perlu ada kesedaran. Allah tidak pernah jemu ketuk pintu hati kita untuk berubah. Macam-macam cara Allah bagi. Cuma, adakah kita jawab ketukan itu? Jangan sampai Dia merajuk dan tak nak ketuk lagi pintu hati kita. Nauzubillah.
Ini sedikit perkongsian tentang hijrah daripada Ustaz Kasim Elias pada Forum Perdana Hijratul Rasul di Masjid MATIN semalam. Ada enam perkara yang perlu kita kuasai dalam penghijrahan:
-Tauhid
-Akhlak
-Ilmu
-Ekonomi
-Persaudaraan
-Jihad
Settlekan ilmu tauhid kita. Kemudian, perbaiki akhlak. Tunjukkan akhlak yang baik. Cuba kita tengok cara Rasulullah berdakwah. Penuh lemah lembut, sampaikan ada orang Yahudi yang masuk Islam selepas tengok cara Nabi turun dan naik unta. Subhanallah, MasyaAllah. Kemudian, kita kuasai pula ilmu. Lepas kita berhijrah, mesti kita nak ajak orang lain sama kan? Jadi, ilmu perlu ada. Mana boleh main tembak je, macam mana nak tarik orang ye dak? Ingat exam math ke nak tembak-tembak? Kih3. Ok, lepas tu ekonomi. Bab ni, kita pon tahu, ekonomi sekarang sapa yang kuasai? Fikir balik. Kemudian persaudaraan. Bersatu lah kita demi Islam. Tak perlu gaduh-gaduh sesama Islam. Penat den nengoknye. Huu. Last sekali, jihad. Terus thabat di jalan ini. Jihad fisabilillah =D
Dan bila kita nak mulakan?
-Mula dari sekarang
-Mula dengan benda kecil
-Mula dengan diri sendiri
Untuk menjadi sempurna memang susah tapi, tak mustahil.
14 komen dari hati:
mula dgn diri sendiri kan :0
:) Nice entry
@kura: ya, diri sendiri. lepas tu nak ajak satu kampung jadi mudah dah :)
@ADEEYA: terima kasih. semoga bermanfaat ya :)
tapi kekadang..ayat ni pon makan dalam gak...
"aku ni tak pernah layak untuk sesapa:
@JIJI YU: maksud ayat tu, dia baik sangat ke, dia jahat sangat? ke guane ustaz?
x mudh tapi x mustahil..
na'am :)
berminat dgn idea NIA nie.. boleh tak Nia terangkan dgn lebih detail lagi...
bagus.. idea mcm ni yg saya cari..
p/s - pasal tema warna persandingan tu.. saya ikut NIA jer.. nia suka kaler per..?? lepas tu akan dipertimbangkan... hahaha.. gurau jer..!!
@iKhRam: maaf brother ikhram. saya kurang jelas dengan soalan brother ikhram. idea yang mana satu yang perlu saya terangkan ? hoho
p/s: amboi3. naik sheikh ni. menjadi rupanya saya jadi mak ya, sampai macam tu keluar jawapan dia :P
=).
xtau nak komen apa, tp blog Mu memang bnyk memberi ilmu.
keep it up ukhti Izzati.
boleh jadi penceramah bebas dah lepas ni, buat kt martin.
@Mohd Abdul Aziz Azmee:
Ilmu Allah Azza Wa Jalla itu luas. Perlulah dikongsi. Sebarkan walau satu ayat kan?
Tak terlintas lagi sampai macam tu. Tapi, ana anggap itu sebagai doa ya :)
Ana pon perlu banyak perbaiki diri dulu :')
na'am.
sama-sama kita. =).
Allahumma amin :')
Post a Comment