Pages

Bila kita nak 'kona' haluan hidup kita?

Monday, January 23, 2012

Assalamualaikum.


'Kona' tu corner. Bahasa utara panggil kona, masudnya, selekoh ataupun masuk simpang.




Baiklah. Apa jawapan bagi soalan di atas? Bila kita nak 'kona' haluan hidup kita ke arah yang lebih baik? 

"Eh perlu ka? Aku rasa selesa dah dengan hidup aku selama ni. Cukup sempurna dah haih."

Sempurna? Alhamdulillah, kalau betul sempurna. Tapi, betul ka sempurna? Ka kita yang perasan life kita tu sempurna? *kofkofkof* rasa tepat pulak kena batang hidung :) 

Sempurna ka hidup kita bila subuh pon malas bangun?

"Eh, mana ada malas. Bangun apa, cuma lambat. Pukui 7 masih boleh solat kan?"

Aah, memang solat anda cukup lima kali sehari semalam. Tak miss. Tapi, pernah dengar tak tentang dosa lewatkan solat? Cukup berani kah kita nak hadapi ular-ular hitam yang datang ke liang lahad andai kita lalai dengan solat? Nauzubillah. Pegang ular sekarang ni pon saya takut wuuu. 

Sempurna ka hidup kita bila masa kita dihabiskan di depan laptop semata?

"Internet banyak kebaikan der"

Aah, internet memang banyak kebaikan. Tapi, jangan lupa. Banyak juga keburukannya. Boleh kan kita manfaatkan internet tu. Gunakan ke jalan Islam. Facebook tu, cuba kita buat tu medan dakwah kita. Tak pon, update status yang bermanfaat. Yang bila orang lain baca, turut dapat pahalanya. Macam Akhi Syabab buat, 1 status 1 zikir :)  Kisah banyak sangat berfacebook :)

Sempurna ka hidup bila kita malas pergi surau / masjid ?

"Cakap elok sikitt. Pi apa, waktu ada iftar jama'ie. Hehe"

Der, tak berat pon tau nak melangkah ke surau tu. Nak tak nak je. Benda lain kita boleh buat, benda lain kita sanggup pergi walaupun jauh, tapi kenapa bukan berjemaah di surau? 

Sempurna ka hidup bila kita bab aurat kita pandang sebelah mata ja?

"Janji hati baik"

Alalala~ Comelnye awak hati baik ye? Awak cantik dah pakai baju kurung / jubah, tapi mesti lagi cantik kalau awak labuhkan sikit tudung awak, biar tutup dada. Tutup dada, tak maksud tutup di depan saja. Bahagian tepi pon ok? Cetokin jangan lupeeee, kata Akak Heliza Helmi ^^

"Alah, manusia tak sempurna lah!"

Memang pon. Kita takkan pernah sempurna. Kerana yang sempurna itu hanyalah Allah SWT. Tapi, kita boleh berusaha untuk improve diri kita. You'll never reach perfection because there's always room for improvement (Versus by Hlovate)

So, bila kita nak ubah? Jom solat on time, selalu baca Al-Quran, selalu pi masjid dan jaga aurat. Nak tak? 8) 


16 komen dari hati:

Hamba Ilahi said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, finally..i'm really waiting 4 this post my dear friend :)
*terasa di situ* kofkofkof
LIKE!!

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

terima kasih like. haha. ya ukhti, esok lusa saya update lagi ye, insyaAllah :)

Hamba Ilahi said... [Reply to comment]

macam banyak je post yg bakal di update :) thanks sbb jadi sumber inspirasi ana :)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

ada satu ja lagi. itupun dah lama tertangguh sebenarnya. no big deal lah. terima kasih juga sebab jadi smber inspirasi, tanpa nti sedar :)

Hamba Ilahi said... [Reply to comment]

haha.cam lawak ja bunyi. i'm nobody la..but i want to be somebody to ALLAH :) nway, keep it up..really motivate me (ayat BI xtau betul ke x..kih3)
*btw, cm ada typing error je kt "majis".."masjid" kn? :)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

aseef. tak perasan. terima kasih tegur. dah betulkan :)

Anonymous said... [Reply to comment]

share kat facebook!! hehe.

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

tafadhol :)

fathiahRAIHANA said... [Reply to comment]

Ya bab solat subuh tu mmg susah nak awal awal waktu, serius -,-
thanks utk pringtn ni.. :)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

welcome :)

adrenalina said... [Reply to comment]

saya share artikel ni kat FB...menyahut "Sempurna ka hidup kita bila masa kita dihabiskan di depan laptop semata?"

p/s : looking forward to another motivated article!! =) keep up the good work!

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

terima kasih sudi share. jazakillahu khair :)

insyaAllah. sama2 kita :)

Edy Fee said... [Reply to comment]

lpas ni kita hias surau sama2 yer.hehehehe jd tok siak ngan nenek siak

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

haha. moh le. ajak rumet, kawan satu aras, kawan satu blok datang sekali jemaah. imarahkan surau :)

ApV said... [Reply to comment]

Kita manusia, we wont be perfection,...but we can improve ouself,...*sorry lack english,...btw, really best post,...touching di sini,..hehehe

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

jom islah, menjadi lebih baik.