Pages

Lajunya makan, solat pon macam tu ke?

Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum.



Nasi Dagang wa Nasi Kerabu | Warung Mek Siti | Arau Railway Station

Baiklah, saya suka makan. Eh suka ka? Suka, sebab makan bagi tenaga kan, tenaga untuk menjadikan kita seseorang yang produktif, berguna kepada agama. InsyaAllah, begitu harapnya. Tapi, walaupun saya suka makan, tapi saya bukanlah seorang yang banyak makan. Boleh gitu?

Pernah saya dan sahabat-sahabat bersembang tentang tips pemakanan sihat (haruslah itu topiknya bila berkawan dengan orang diet, tapi saya tak diet, harap maklum). Kata salah seorang sahabat ;

"Eh, makan tak boleh laju-laju. Tak rasa nikmat. Itu yang rasa tak kenyang."

Oh, macam tu rupanya. Jadi, makan kena slow-slow lah kan? Biar ada nikmat makan tu. Kan? 

Ya! Ada point di situ. Macam tu lah solat kita. Kalau buat macam ayam patuk, takda tomakninah, mana nikmat solat kita? Tomakninah tu rukun solat, kalau tinggalkan? Anda tahu jawapannya :)

Khusyuk, ya penting jugak nak tentukan kualiti solat kita. Saya pernah baca kisah salah seorang sahabat Rasulullah, terkena tiga kali panahan masa berjaga di medan perang, tapi masih khusyuk, cuma kali ketiga, beliau berhenti kerana terlalu risaukan keselamatan Baginda. (Maaf, ana lupa siapa sahabat itu. Kalau tahu, bagitau ya. Tengah dok cari buku tu, tak jumpa pulak. Ades.) Kita? Bagaimana tahap khusyuk kita? Entah-entah, nyamuk mai sat pon hilang fokus dah? =P

Waktu solat ialah waktu kita tinggalkan dunia sekejap, luang masa dengan Allah. Kan fitrah kita, suka meluangkan masa dengan orang yang kita sayang. Jadi kenapa tidak untuk Allah, pencipta kita? 

You know what the sweetest time of the day is?

It's when you pray.

Why?

Because you are talking to the One who loves you most.

Baiklah, selamat menjadikan solat kita sebagai ibadah yang paling manis sebab Allah tu kan sweet sangat dengan kita. Kita ja tak tahu :') 



22 komen dari hati:

ilyani92 said... [Reply to comment]

subhanallah..semoga kita beribadah dan dapat rasai manisnya ibadah..

*saya bukan seorang yang ikuti diet tetap* sekian~

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

@ilyani92: Ameen.

kita pon tak diet. cuma kadang-kadang terskip makan sebab sibuk :(

- cS - said... [Reply to comment]

sy nikmat bile makan laju.. xtaw lah bakpe..

tapi time solat x nikmat pon laju2.. xsyok kalu x cakap lame2 ngan si Dia ni.. hehe

- sengaja buat noise tinggi kah?-

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

kann. cakap dengan Dia lama-lama baru best :)

ya, dengan sengaja. heavily edited =D

~Filzati Zulkepli~ said... [Reply to comment]

kalu solat cecepat ni rasa mcm kalut semacam. nak feeling meeling pun tak terasa. begitu juga makan. eh? hikhik.

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

eh eh? hihi. boleh ptaktikkan semua benda. haruslah berfeeling :)

Liza@El@KedFlop said... [Reply to comment]

salam.
saya suka baca post-post awak.

terima kasih.
:)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

@Liza@El@KedFlop: terima kasih juga :)

fais said... [Reply to comment]

kah3.. shinobu ni klo bab mkn mmg laju

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

lain orang lain cara. dakpe lah, laju makan, mungkin dapat lebih tenaga untuk solat lama sikit :)

nurhaniszamshah said... [Reply to comment]

nis suka baca post nia, :)
sejuk hati.

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

thanks Nis.
semoga bermanfaat, insyaAllah :)

mysara said... [Reply to comment]

solat klu nk cpt je xda nikmatnyer
mcm xlengkap

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

betul :)

amna said... [Reply to comment]

true :)
bcoz we're talking to the most we LOVE !

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

Cinta Agung kita :)

Syazwan Che Deraman said... [Reply to comment]

peringatan untuk diri saya sendiri.
kekadang tu laju je solat.

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

jom sama2 kita feeling time solat :)

syahirooAhmad said... [Reply to comment]

Yup.. kadang2 mengejar dunia sampai tak ingat Penciptanya.. siap yang beria dia segala2nya.. bukan berjam pun.. 10 minit untuk 1 waktu.. :)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

sama2 kita muhasabah balik pada siapa kita patut luangkan masa lebih :)

azalia hjsalleh said... [Reply to comment]

SUKA TAJUK NI =)

Nia Ridzwan said... [Reply to comment]

@azalia hjsalleh:terima kasih :)