Assalamualaikum.

Jom kita tengok dari ibadah yang paling asas, yang setiap hari kita buat, lima kali sehari semalam.
Kita ambil purata masa seseorang itu solat. Katalah 10 mintit setiap waktu.
Jadi,
10minit x 5 waktu = 50 minit sehari
Kalau setahun?
50minit x 365 hari = 18250 minit setahun.
Itu saja masa yang anda peruntukan untuk solat?
Masa Allah bagi banyak kan?
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit x 365 hari = 525600 minit setahun!
18250/525600 = 0.03472 %
Bundarkan, 0.03% saja. Itu saja? Itu saja kah masa yang mampu kita luangkan? Kalau shopping, diskaun banyak tu saja, macam tak ada beza sangat pon dari harga asal kan? Haa macam tu jugak lah. betapa sikitnya peratus masa yang kebanyakan kita peruntukan untuk solat. Sedangkan solat untuk adalah waktu di mana kita paling dekat dengan Allah. Cukupkah itu untuk ditukar dengan syurga kelak?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin jiwa dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar." ( At-Taubah : 111)
Jadi, kalau tak cukup, bangkitlah! Cuba penuhkan hati kita dengan perkara-perkara yang boleh meningkatkan iman di samping menjauhi perkara yang boleh mengurangkan malah mungkin merosakkan iman kita & banyakkan amalan-amalan sunat 8)
12 komen dari hati:
terimakasih dengan informasi
menginsafkan.
afwan :)
good nia =)
@A'ainAbirah: terima kasih :)
Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi,
'Apakah amalan yang paling Allah sukai?"
Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya."
Abdullah ibn Masud bertanya lagi, "Kemudian apa?"
Baginda menjawab, "Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa."
Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa?"
Nabi menjawab, "Jihad kerana agama Allah."
@A'ainAbirah: waaa terima kasih akak. semua patut sedar kan, tak leh lewatkan solat. nanti kena belit dengan ular dalam kubur. nauzubillah :(
peringatan utk diri yg slalu lalai jugak :(
@A'ainAbirah: iya. sambil menyampaikan, sebenarnya ni semua teguran untuk diri juga.
sentap bc post nia.huhu. tapi kenyataannye mcm tu la :(
@fnaMaya: kenyataan, perlu terima walaupun pedih. huhu kita pon kadang-kadang tak sedar.
btw, selamat beramal dan cukupkan bekalan ke 'sana' :)
nice entry nia! btw, comel jugak bloggg kamu :D
@Myra Arshad (:: terima kasih kak.
tak comel pom. tak reti hias2 :)
Post a Comment